Aiman dan Maryam di hadapan pintu masuk Festival.
Pengunjung masih belum datang. Pertama sekali kami ke khemah Susu Lembu. Maryam dan Aiman bepeluang memerah susu dari lembu patung yang ada di situ. Keluar air!
Kemudian Maryam bermain Dynamic Maze. Perlu tolak bola besar melalui maze yang terdiri dari bebola besar dan tiang-tiang seperti lalang yang tinggi. Aiman masih belum mahu bermain apa-apa.
Selepas itu, Maryam ke khemah face-painting. Sambil beratur menunggu khemah dibuka, ada dua penghibur jalanan yang berpakaian seperti ahli sihir menegur Maryam. Salah seorang dari mereka menulis nama Maryam pada penanda buku dan diberi kepada Maryam.
Untuk face painting, perlu bayar $5. Inilah hasilnya.
Selesai face-painting, masuk ke khemah pertunjukan untuk melihat pertunjukan pentas oleh kumpulan The Silly People. Bermula dengan juggle, kemudian yoyo dan Chinese yoyo. Akhir sekali seorang kanak-kanak penonton dijemput ke depan dan ikut serta dalam pertunjukan dengan diberi pakai pelbagai bentuk belon yang dibuat secara spontan oleh kedua-dua pelawak The Silly People.
Selesai pertunjukkan The Silly People, hujan turun renyai-renyai. Maryam dan Aiman menuju pula ke khemah Mark Your Paint untuk melukis. Hasil lukisan ditampal pada dinding tiruan yang ada di situ untuk dipamerkan.
Bila sudah agak lapar, kami menuju ke deretan trailer gerai makanan. French fries jadi pilihan. Fresh. Dibuat dari kentang segar. Memang rasa betul kentangnya. Garam dan sos perlu diletakkan sendiri.
Selesai makan, Maryam dan Aiman pergi ke khemah peralatan muzik dan mencuba pelbagai jenis peralatan muzik yang ada: trompet, gitar, congo dan piano elektrik.
Lebih kurang pukul 12:30 tengahari, kami bergerak meninggalkan kawasan Festival. Deretan kereta memenuhi tempat parking sepanjang Ottawa River Parkway sehingga ke Wellington Street.